19 Tahun Selepas Pembunuhan Kejam Di Banglo
Dilaporkan, 23 April
1992, warganegara Amerika Syarikat berketurunan India, Arjun Talwar, 7,
abangnya, Kabir, 11 dan pembantu rumah warganegara India, Natalia
Fernandes, 30 tahun dibunuh di rumah banglo di Jalan Turi, Taman Bukit
Bandaraya, Kuala Lumpur.
Pengawal
keselamatan, Ariffin Agas diberkas, disiasat dan kemudian didapati
bersalah membunuh 3 mangsa terbabit lalu dijatuhi hukuman gantung sampai
mati. Pada waktu kejadian, pesalah berusia 25 tahun.
Menurut laporan akhbar, mayat mangsa ditemui di dalam lubang takungan najis di belakang rumah mereka diami.
Pelbagai versi
kejadian aneh serta menakutkan didakwa berlaku di rumah sama.
Sebilangan saksi mendakwa pernah melihat kelibat kedua kanak-kanak
terbabit berdiri di sekitar pintu pagar utama banglo sebelum ini.
Jam
2.30 pagi tadi, saya, Rahmat Mokhtar, Muhamad Zaki Muhamad dan 4 rakan
lain meninjau banglo itu. Kami dapati, dinding di sekitar pintu utama
rumah dicemari pelbagai grafiti.
"Bang, tolong ambil gambar," pinta Rahmat.
Saya menunaikan permintaanya dan Zaki.
Untuk rekod,
malangnya setakat ini belum lagi ada syarikat menawarkan pekerjaan
sebagai model atau duta produk kepada mereka berdua.
"Berhati-hati jalan, banyak kaca," ujar Rahmat.
Keadaan di
dalam banglo 3 tingkat itu bersepah dan berhabuk. Majoriti kelengkapan
rumah dan perabot mulai lapuk atau dipercayai dicuri penagih dadah,
menjadikan rumah terbabit sebagai sarang untuk melepaskan gian.
Hampir jam 3 pagi,
tiba-tiba bau wangi menusuk hidung sewaktu saya berlegar-legar di
tingkat bawah rumah. Bagaimanapun, membuat keputusan hanya mendiamkan
diri, mengikut pesan orang tua.
"Jangan tegur," bisik rakan berdiri di sebelah.
Terfikir,
barangkali itu hanya bau bunga liar di kawasan sekitar selepas hujan
turun hanya kira-kira 15 minit sebaik kami tiba di luar banglo. Saya
perhatikan secara lebih teliti, tiada pokok bunga, hanya pohon berteras
besar dililiti tumbuhan penumpang banyak kelihatan.
"Ada orang kata, polis pernah menggali lubang tu suatu ketika dulu," ujar Rahmat.
Saya percaya
itu lubang takungan najis, lokasi 3 mayat ditemui kira-kira 19 tahun
lalu. Berikut antara petikan akhbar diterbitkan NSTP pada Julai 1992.
'KUALA
LUMPUR: Dua kanak-kanak adik beradik rakyat Amerika Syarikat keturunan
India dan seorang wanita dibunuh dengan kejam di rumah banglomereka di
Jalan Turi, dekat Jalan Taman Pantai, di sini, malam tadi. Mayat tiga
mangsa pembunuhan itu ditemui dalam lubang najis sedalam lima meter
berhampiran banglo berkenaan kira-kira jam 12 malam'
Memerhatikan
lubang itu dari jarak dekat, bulu roma saya tiba-tiba meremang.
Terbayang, betapa ngeri keadaan semua mayat mangsa disumbat tanpa
perasaan perikemanusiaan di dalam lubang gelap itu.
Lubang terbabit dilapor ditunjukkan Ariffin secara sukarela kepada saksi pendakwa, Kopral Majid Jaafar.
Lubang terbabit dilapor ditunjukkan Ariffin secara sukarela kepada saksi pendakwa, Kopral Majid Jaafar.
Di tingkat atas, saya rakamkan gambar bilik, dipercayai pernah dihuni pembantu rumah banglo terbabit.
"Macam mana tahu, ini bilik maid?"
Terpancul soalan itu.
"Kalau kita tengok, hanya tandas ini jenis cangkung, lain jenis tandas duduk," respon rakan sekumpulan.
Jika benar
dakwaannya, tidak terfikir di banglo terbabit wujud 'kasta' di kalangan
penghuninya. Lokasi tandas dimaksudkan, di belakang Rahmat, berbaju
merah.
Berikut antara gambar saya rakamkan di tangga ke tingkap atas banglo.
Melihat tarikh akbar, dipercayai banglo ini masih berpenghuni 3 tahun selepas kejadian pembunuhan kejam berlaku.
Berikut gambar beberapa barangan lain saya rakamkan.
Berderau darah buat seketika sewaktu membelek helaian buku latihan berikut.
Kes pembunuhan
dilaporkan berlaku pada tahun 1992, lihat tarikh dicatatkan pelajar di
bahagian atas kanan muka surat buku, 5 tahun sebelum kejadian.
Sewaktu
menaiki tangga untuk beredar keluar dari rumah terbabit pada jam 3.30
pagi, saya terdengar bunyi tapak kaki menaiki tangga bagai mengekori
saya dari belakang.
Lazimnya, saya tidak gemar mengikut kata hati untuk melihat kebelakang, malam tadi keputusan saya berbeza.
Saya dapati tiada sesiapa di belakang kerana semua rakan berjalan mendahului saya.
19 tahun
selepas kejadian pembunuhan ngeri dilaporkan berlaku, saya percayai
pelbagai peristiwa pahit, manis dan barangkali mengerikan dilalui
penyewa banglo.
Semua
peristiwa itu kekal diabadikan di dalam lipatan sejarah. Hanya mereka
berpengalaman menetap di banglo terbabit mengetahui maklumat lebih tepat
berhubung kejadian mereka tempuh sebelum ini.
hi.. Blh saya dpt lokasi atau alamat rumah ini?
ReplyDeletekabarnya rumah dh diruntuhkan utk dibina projek lain
ReplyDeleteDa roboh da pun...
Deleteada gambar dekat loteng tak? ada satu tangga kecik naik mcm 'stor' atas. ada satu bilik kecik ada gambar dgn percikan darah lama. masa sy pegi ada lagi. dalam tahun 2003 cmtu
ReplyDeleteᗩᗪᑌᕼ ..ՏᗴᗪIᕼ ᗪᗩᑎ ᗰᗴᑎYᗩYᗩT ᕼᗩTI KIՏᗩᕼ IᑎI. ᕼᗩᖇᗩᑭ ᒍᗩᗪIKᗩᑎ ᑭᗴᑎᘜᗩᒍᗩᖇᗩᑎ ᗷᗴᖇᘜᑌᑎᗩ ᗪᗩᒪᗩᗰ ᕼIᗪᑌᑭ KITᗩ. ᑕᑌᗰᗩ ᗩᑭᗩ ᗰOTIᖴ ᑭᗴᗰᗷᑌᑎᑌᕼᗩᑎᑎYᗩ??🤔🤔🤔
ReplyDeleteBaru terbaca kisah ni, mmg tak tahu cite pun ttg ni, pembunuh tu orang malaysia ke, sanggup membunuh begitu kejam sekali.
ReplyDelete