Thursday 6 December 2012

Misteri terjumpa terowong panjang PALEKBANG KELANTAN

Gempar! Misteri Penemuan Terowong Bawah Tanah Di Palekbang Kelantan

| November 30, 2012 | 2 Comments
Gempar! Misteri Penemuan Terowong Bawah Tanah Di Palekbang Kelantan | Kami di pihak KisahBest.My difahamkan terdapat satu isu misteri penemuan terowong bawah tanah di Palekbang Tumpat Kelantan. Kami percaya, anda semua sudah pasti tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di sini kerana ia masih lagi belum mendapat perhatian media setakat ini. Ada juga sumber menambah bahawa terowong ini dikatakan sepanjang 100 kilometer. Persoalannya di sini, bagaimana terowong ini boleh ditemui dan apakah misteri disebaliknya? Kesahihannya masih belum dipastikan lagi. Ikuti ulasan di bawah ini.
Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri.
Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..
Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..
Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:
Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba

Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..
Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..
Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..
 Sumber daripada : FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan
1. Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan “pat dahat”..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan “pat dahat” itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas “pintu rumah” dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan “pat dahat” daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.
2. Sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana “ghaibnya” kerajaan Chermin, “ghaibya” kerajaan Cik Siti Wan Kembang, “ghaibnya” kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.
3. Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari “pade bola”, logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..
Sumber daripada: FB This is Kota Bharu
Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.
terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .
Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.

Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat.
Versi Tambahan

Misteri banglo hilang tiba2 Di Johor...

Seram! Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting

Seram! Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting | Mungkin ada di antara kita  masih tidak mengetahui tentang sebuah kisah seram yang berlaku di sekitar Masai, Johor. Maka kali ini kisahbest.my mahu mengajak anda mendengar sebuah cerita berkisar tetang misteri kehilangan rumah banglo yang pernah mengemparkan suatu ketika dahulu. Walaupun cerita ini sudah lama, namun ia masih lagi segar di ingatan kerana kehilangan banglo tersebut menjadi bualan misteri sehingga ke hari ini.
Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?
Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.
Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.
Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi ‘berisi’ mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?
Apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.
Sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011
HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yangg berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.
Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah. Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.
Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.
Yul selitkan salah 1 story dari seseorang nie.
“Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah. So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie. Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak. hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.
Memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang ipar balik rumah kat taman daya.
Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,
Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam“.. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.
Kemudian abang ipar panggil dan cerita tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It’s means, Orang India tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu. Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..
Waktu progress work, abang ipar saya tak terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses ‘hand over keys’ tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam”
Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yang di maksudkan. Misteri menjadi semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.
Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku? Wallahualam. Yul pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma allah je yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Yul memang pernah dengar cite tu, tapi entah la erk.

Banglo seram di Bangsar

19 Tahun Selepas Pembunuhan Kejam Di Banglo

Dilaporkan, 23 April 1992, warganegara Amerika Syarikat berketurunan India, Arjun Talwar, 7, abangnya, Kabir, 11 dan pembantu rumah warganegara India, Natalia Fernandes, 30 tahun dibunuh di rumah banglo di Jalan Turi, Taman Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.

Pengawal keselamatan, Ariffin Agas diberkas, disiasat dan kemudian didapati bersalah membunuh 3 mangsa terbabit lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Pada waktu kejadian, pesalah berusia 25 tahun. 

Menurut laporan akhbar, mayat mangsa ditemui di dalam lubang takungan najis di belakang rumah mereka diami.


Pelbagai versi kejadian aneh serta menakutkan didakwa berlaku di rumah sama. Sebilangan saksi mendakwa pernah melihat kelibat kedua kanak-kanak terbabit berdiri di sekitar pintu pagar utama banglo sebelum ini.


Jam 2.30 pagi tadi, saya, Rahmat Mokhtar, Muhamad Zaki Muhamad dan 4 rakan lain meninjau banglo itu. Kami dapati, dinding di sekitar pintu utama rumah dicemari pelbagai grafiti.


"Bang, tolong ambil gambar," pinta Rahmat.

Saya menunaikan permintaanya dan Zaki.


Untuk rekod, malangnya setakat ini belum lagi ada syarikat menawarkan pekerjaan sebagai model atau duta produk kepada mereka berdua. 

"Berhati-hati jalan, banyak kaca," ujar Rahmat.


Keadaan di dalam banglo 3 tingkat itu bersepah dan berhabuk. Majoriti kelengkapan rumah dan perabot mulai lapuk atau dipercayai dicuri penagih dadah, menjadikan rumah terbabit sebagai sarang untuk melepaskan gian. 


Hampir jam 3 pagi, tiba-tiba bau wangi menusuk hidung sewaktu saya berlegar-legar di tingkat bawah rumah. Bagaimanapun, membuat keputusan hanya mendiamkan diri, mengikut pesan orang tua.

"Jangan tegur," bisik rakan berdiri di sebelah.

Terfikir, barangkali itu hanya bau bunga liar di kawasan sekitar selepas hujan turun hanya kira-kira 15 minit sebaik kami tiba di luar banglo. Saya perhatikan secara lebih teliti, tiada pokok bunga, hanya pohon berteras besar dililiti tumbuhan penumpang banyak kelihatan. 


"Ada orang kata, polis pernah menggali lubang tu suatu ketika dulu," ujar Rahmat.

Saya percaya itu lubang takungan najis, lokasi 3 mayat ditemui kira-kira 19 tahun lalu. Berikut antara petikan akhbar diterbitkan NSTP pada Julai 1992. 

'KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak adik beradik rakyat Amerika Syarikat keturunan India dan seorang wanita dibunuh dengan kejam di rumah banglomereka di Jalan Turi, dekat Jalan Taman  Pantai, di sini, malam tadi.  Mayat tiga mangsa pembunuhan itu ditemui dalam lubang najis sedalam lima meter berhampiran banglo berkenaan kira-kira jam 12 malam'


Memerhatikan lubang itu dari jarak dekat, bulu roma saya tiba-tiba meremang. Terbayang, betapa ngeri keadaan semua mayat mangsa disumbat tanpa perasaan perikemanusiaan di dalam lubang gelap itu.

Lubang terbabit dilapor ditunjukkan Ariffin secara sukarela kepada saksi pendakwa, Kopral Majid Jaafar.

Di tingkat atas, saya rakamkan gambar bilik, dipercayai pernah dihuni pembantu rumah banglo terbabit.


"Macam mana tahu, ini bilik maid?"

Terpancul soalan itu.

"Kalau kita tengok, hanya tandas ini jenis cangkung, lain jenis tandas duduk," respon rakan sekumpulan. 

Jika benar dakwaannya, tidak terfikir di banglo terbabit wujud 'kasta' di kalangan penghuninya. Lokasi tandas dimaksudkan, di belakang Rahmat, berbaju merah.


Berikut antara gambar saya rakamkan di tangga ke tingkap atas banglo. 


Melihat tarikh akbar, dipercayai banglo ini masih berpenghuni 3 tahun selepas kejadian pembunuhan kejam berlaku.


Berikut gambar beberapa barangan lain saya rakamkan.


Berderau darah buat seketika sewaktu membelek helaian buku latihan berikut. 


Kes pembunuhan dilaporkan berlaku pada tahun 1992, lihat tarikh dicatatkan pelajar di bahagian atas kanan muka surat buku, 5 tahun sebelum kejadian.


Sewaktu menaiki tangga untuk beredar keluar dari rumah terbabit pada jam 3.30 pagi, saya terdengar bunyi tapak kaki menaiki tangga bagai mengekori saya dari belakang.


Lazimnya, saya tidak gemar mengikut kata hati untuk melihat kebelakang, malam tadi keputusan saya berbeza.


Saya dapati tiada sesiapa di belakang kerana semua rakan berjalan mendahului saya.

19 tahun selepas kejadian pembunuhan ngeri dilaporkan berlaku, saya percayai pelbagai peristiwa pahit, manis dan barangkali mengerikan dilalui penyewa banglo. 

Semua peristiwa itu kekal diabadikan di dalam lipatan sejarah. Hanya mereka berpengalaman menetap di banglo terbabit mengetahui maklumat lebih tepat berhubung kejadian mereka tempuh sebelum ini.